ABOUT US

1. Merancang, melaksana dan menilai bengkel, syarahan, kursus, roadshow dan seminar yang berfokuskan pengajaran dan pembelajaran kepada staf akademik selari dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

2. Melaksanakan penilaian kursus (e-CEvaS) yang ditawarkan dalam program akademik universiti dan melaporkan status pencapaian penilaian kursus.

3. Melaporkan pencapaian Pelan Strategik UUM iaitu Pencapaian Blended Learning, Open CourseWare (OCW) dan Massive Open Online Courses (MOOCs).

4. Menguruskan geran penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) di kalangan staf akademik UUM.

5. Menguruskan portfolio pengajaran dan pengiktirafan untuk staf akademik dalam pengajaran dan pembelajaran, seperti Anugerah Pendidik Cemerlang (DTA), Anugerah Pembangunan MOOCs, Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Bakat Akademik, dan Anugerah Pembelajaran Kaedah Kreatif di peringkat UUM.

6. Membudayakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran selari dengan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang dilaksanakan di Universiti.

Tarikh kemaskini: 1 Januari  2019