Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

Inspirational Academician

ia 1   ia 2   ia 3

 

Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan suatu program khas bagi memperkasakan pemimpin akademik dalam bidang pengajaran di kalangan warga UUM. Program yang  inamakan Inspirational Academics Programme ini telah diadakan di EDC, UUM, pada 4 Ogos 2015 dan telah dirasmikan oleh Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr. Fauziah Bt. Abdul Rahim. Dalam program ini, sebanyak 5 bengkel berasaskan modul AKEPT telah dijalankan serentak pada hari tersebut. Bengkel tersebut adalah berasaskan modul e-Learning (Level 2), Project-Oriented Problem  Based Learning (Level 1), Higher, Education Learning and Teaching (Level 1), Modular Approach (Level 1), Learning Engagement and Motivation (Level 1). Bengkel ini memberi platform kepada staf akademik yang telah menghadiri bengkel di AKEPT untuk berkongsi ilmu dan memberikan pendedahan awal kepada pelapis pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang akan berpeluang hadir ke  bengkel yang sama nanti di AKEPT. Dengan itu, mereka akan lebih bersedia dan dapat menghayati tujuan mereka dipilih oleh Pusat Pengajian masing-masing untuk hadir ke bengkel tersebut nanti dan membantu pusat pengajian dan universiti untuk melatih pensyarah lain secara lebih menyeluruh lagi.

Fasilitator adalah terdiri daripada beberapa staf akademik UUM yang telah mengikuti siri program latihan yang dikendalikan oleh AKEPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka adalah Prof. Madya Dr. Osman B Ghazali, Dr. Mohd. Hasbullah bin Omar dari pusat pengajian Pengkomputeran, Dr. Mohd Razani B Mohd Jali dari pusat pengajian Ekonomi,Kewangan dan Perbankan, Dr. Fariza Hanim binti Rusly dari pusat pengajian Perakaunan, Dr. Norizah Binti Aripin, Dr. Awan Bt Ismail dari pusat pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, dan Dr. Wan Shakizah binti Wan Mohd. Noor dari pusat pengajian Pengurusan Perniagaan.

Video Montaj Inspirational Academician : klik DI SINI

Lain-lain video : klik DI SINI

 

 

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin1
Minggu Ini8
Bulan Ini33
Jumlah Keseluruhan527

19 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia