Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

Frequently asked questions (FAQs)

  • Apa itu UTLC?

    UTLC bermaksud University Teaching And Learning Centre, atau dikenali sebagai Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti.
  • Di manakah lokasi UTLC?

    UTLC terletak di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah Darul Aman.
  • Siapakah Pengarah UTLC sekarang?

    Pengarah UTLC sekarang ialah Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim
  • Apakah piagam pelanggan UTLC?

    Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) Komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan melalui penyediaan program latihan dan sokongan yang menggalakkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan wawasan Universiti Utara Malaysia untuk menjadi sebuah universiti pengurusan yang terulung dan cemerlang.
  • Apakah misi dan visi UTLC kepada Universiti?

    Visi UTLC ialah menjadi pusat kecemerlangan dalam latihan pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi. Misi UTLC ialah melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan serta cekap di dalam penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi pengajaran yang berkesan.
  • Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh UTLC?

    Perkhidmatan yang disediakan oleh UTLC ialah Program Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran IPT, Program Kaedah Penyelidikan, Penilaian Kursus,Kajian Pengesanan Graduan, My3S, dan juga bengkel berkala.
  • Apakah itu Program Kaedah Penyelidikan?

    Program Kaedah Penyelidikan merupakan kursus wajib bagi semua staf akademik UUM yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.D.
  • Apakah fungsi Anugerah Pendidik Cemerlang?

    Anugerah Pendidik Cemerlang (DTA) ini diujudkan oleh UUM bagi mengiktiraf kemahiran pengajaran pensyarahnya dan kerana menyedari pentingnya aspek pengajaran dan pembelajaran pelajar di universiti.
  • Apa itu SOTL

    Geran penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) adalah geran yang membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti, inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti dalam padagogi.Istilah dan prinsip Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) menjangkau lebih daripada penggunaan pendekatan mengajar yang berkesan dan inovatif di dalam bilik kuliah. Geran Penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) telah diwujudkan di universiti penyelidikan tempatan dan antarabangsa untuk membudayakan “research-based teaching” dalam kalangan pensyarah, merentasi semua bidang ilmu.
  • Bagaimana perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak UTLC?

    Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah, MALAYSIA Telefon No : 04-9284697 / 4698 Fax : 04-9284702 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Website : http://utlc.uum.edu.my
  • 1

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin6
Minggu Ini15
Bulan Ini63
Jumlah Keseluruhan557

26 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia