Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

Kenali E-Pembelajaran & Pembelajaran Teradun

Kenali E-Pembelajaran & Pembelajaran Teradun

Mod Teradun

BLENDED LEARNING COMPONENTS

Slide1

Slide2

Kenali E-Pembelajaran & Pembelajaran Teradun

Pembelajaran dalam Mod Teradun

Slide1Pembelajaran dalam mod teradun (blended learning) adalah pembelajaran yang menggandingkan kaedah tradisional dan kaedah atas talian (e-pembelajaran)

Dasar e-pembelajaran universiti menetapkan nisbah 30:70 untuk kedua-dua kaedah ini. 30% pembelajaran, 70% pembelajaran tradisional (face to face)

Kaedah e-pembelajaran yang paling asas adalah penggunaan learningZone untuk aktiviti PnP seperti menggunakan forum, kuiz, wikis, dan penerapan objek pembelajaran pada sistem Pengurusan pembelajaran (LMS-i-e. learningzone) tersebut.

E-pembelajaran juga boleh melibatkan pembelajaran atas talian penggunaan aplikasi lain seperti facebook dan sumber pembelajaran terbuka(open education resources). Walau bagaimanapun, jika kaedah ini digunakan, pensyarah perlu memberi bukti sendiri kerana ia tidak boleh dikesan oleh LMS UUM. Pengiraan SLT akan menjadi sukar jika tidak ada sebarang bentuk pengesanan keaktifan pelajar dalam aktiviti tersebut.

Silibus kursus hendaklah dinyatakan kursus tersebut ditentukan secara mod blended.

Penerangan lanjut:

Silibus dan SOW adalah bahan bukti untuk mod teradun, jadi pensyarah perlu berpandukan SOW dalam panduan Teaching Method untuk menyatakan kaedah mod teradun.

Peratus yang digunakan boleh dikira daripada bilangan jam PnP online yang di agih oleh pensyarah dalam SOW dan SLT. Ia tidak mengambil kira masa yang digunakan pelajar dalam Learning Zone atau sebagainya, tapi hanya mengira masa pensyarah memberi SOW.

Contoh 1 : Jika sesebuah kelas mempunyai 10 minggu, dan 3 minggu dalam SOW menggunakan e-learning iaitu bersamaan 30% online maka 70% adalah bersemuka (face to face) ia sudah dikira blended/teradun.

Contoh 2 : Jika jumlah jam kuliah keseluruhan ialah 42 jam ,dan dinyatakan dalam SOW ada jumlah jam tertentu menggunakan online learning berjumlah 10 jam, maka pengiraan peratus menyatakan 23% adalah online dan 77% adalah bersemuka (face to face)

 

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini3
Kelmarin2
Minggu Ini26
Bulan Ini51
Jumlah Keseluruhan545

24 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia