Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

Pengenalan

Universiti Utara Malaysia kini dalam proses untuk mewujudkan bahan pembelajaran yang boleh di akses di mana-mana sahaja melalui laman web. UTLC telah diamanahkan untuk melaksanakan e-learning di UUM. Jawatankuasa E-universiti telah bersetuju meluluskan pembelian Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System- LMS) bagi kegunaan tenaga akademik. Sistem ini akan mula digunakan pada semester Mei 2002/2003.

Universiti Utara Malaysia kini dalam proses memantapkan lagi LMS sedia ada. Sehubungan dengan itu Sistem LearningZone yang berasaskan 'open source' LMS Moodle akan di perkenalkan pada Semester Julai 2009/2010. LearningZone akan digunakan secara rintis (pilot) selama setahun atau dua semester sebelum ia digunakan sepenuhnya.

Selain daripada terlibat secara terus dalam pemilihan "LMS", UTLC juga bertangggungjawab memberi kesedaran dan pendedahan kepada tenaga akademik mengenai penggunaan E-Learning bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan latihan yang bersesuaian

Dasar E-Learning UUM

Pengenalan

Tujuan dasar e-Pembelajaran universiti adalah untuk menjadi rujukan tentang tatacara, prosedur dan pelaksanaan e-Pembelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan e-Pembelajaran mencapai piawaian global dan mampu meningkatkan kualiti graduan UUM. Polisi ini akan dikemas kini dari masa ke masa sejajar dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi.

Definisi e-Pembelajaran

e-Pembelajaran ialah satu set aplikasi dan proses yang merangkumi;

1. pembelajaran berasaskan komputer,
2. pembelajaran berasaskan digital,
3. pembelajaran berasaskan sesawang dan
4. pembelajaran berasaskan maya.
Objektif

Dasar e-Pembelajaran UUM adalah untuk mencapai objektif berikut:

1. Sebagai rujukan berkaitan prosedur dan pelaksanaan e-Pembelajaran di UUM.
2. Menjelaskan peranan UUM, pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar berkaitan e-Pembelajaran universiti.
3. Sebagai kerangka pelaksanaan e-Pembelajaran universiti ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Skop

Dasar ini meliputi aspek berikut;

1. Polisi Am,
2. Peranan UUM,
3. Peranan Pusat / Jabatan e-Pembelajaran,
4. Peranan Pusat Komputer,
5. Peranan Kolej Pengajian,
6. Peranan Pensyarah,
7. Peranan Pelajar,
8. Hak Cipta dan
9. Sasaran Pencapaian.

Polisi Am

Semua program yang ditawarkan oleh UUM terkandung di dalam e-Pembelajaran. Perisian e-Pembelajaran akan berfungsi sebagai pelengkap kepada sistem pembelajaran konvensional / tradisional yang sedang diamalkan (pengajaran secara bersemuka antara pelajar dan pengajar) di mana nisbah penggunaan perisian e-Pembelajaran berbanding dengan sistem pembelajaran secara konvensional adalah dicadangkan sebanyak 30:70
UUM mempunyai hak milik ke atas semua isi kandungan yang dimuat naik ke pelayan e-Pembelajaran UUM.
Sebarang penerbitan yang bukan milik pensyarah mesti mendapat kebenaran pemilik asalnya terlebih dahulu. Sebarang petikan dari mana-mana buku rujukan/jurnal penyelidikan mesti dinyatakan dengan jelas oleh pensyarah berkenaan. Sebarang saman ke atas hak milik oleh pemilik asal penerbitan berkenaan adalah ditanggung oleh pensyarah sendiri.
Semua pensyarah dan pelajar yang mempunyai akaun di dalam aplikasi e-Pembelajaran merupakan pengguna sah aplikasi e-Pembelajaran UUM.
Kerahsiaan profil pengguna adalah terhad kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Sebarang penggunaan untuk tujuan lain perlu mendapat kebenaran daripada UUM.
Peranan UUM

UUM bertanggungjawab menyediakan satu sistem pengurusan e-Pembelajaran untuk kegunaan seluruh UUM.
UUM melalui Jawatankuasa Teknologi Akademik bertanggungjawab menggubal dasar dan memantau perlaksanaan e-Pembelajaran peringkat universiti.
UUM melalui UTLC berperanan membudayakan e-Pembelajaran dan pembangunan kandungan kursus.
UUM bertanggungjawab menyediakan dana bagi menyokong pelaksanaan e-Pembelajaran.
UUM bertanggungjawab memastikan bilik-bilik kuliah dilengkapi dengan kemudahan teknologi e-Pembelajaran dan capaian kepada e-Pembelajaran dalam keadaan sedia diguna.
Peranan UTLC

Memberi kesedaran dan pendedahan kepada tenaga akademik mengenai penggunaan e-Pembelajaran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Memastikan pelaksanaan e-Pembelajaran kepada tenaga akademik UUM.
Menyediakan latihan penggunaan e-Pembelajaran kepada tenaga akademik dan pelajar UUM.
Memantau dan menyelaras aktiviti e-Pembelajaran dan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran di setiap kolej.
Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan e-Pembelajaran.
Menyediakan garis panduan e-Pembelajaran.
Peranan Pusat Komputer

Menyedia dan menyenggara infrastruktur, perkakasan, rangkaian, perisian dan khidmat sokongan yang berkaitan dengan e-Pembelajaran.
Menjamin keselamatan serta integriti data dalam sistem pengurusan e-Pembelajaran UUM.
Membuat salinan data setiap semester dan disimpan selama 2 tahun.
Menyediakan pegawai yang mengurus serta menyenggara sistem pengurusan e-Pembelajaran universiti.
Memberi sokongan teknikal.
Peranan Kolej Akademik

Membentuk jawatankuasa penyelarasan e-Pembelajaran di peringkat kolej yang diketuai oleh Penolong Naib Canselor bagi memantau pelaksanaan e-Pembelajaran di kolej.
Melantik seorang penyelaras e-Pembelajaran di peringkat kolej.
Memastikan tenaga akademik mempunyai kemahiran teknologi di dalam mengendalikan kursus berasaskan e-Pembelajaran.
Memastikan tenaga akademik mempunyai integriti akademik di dalam menguruskan e-Pembelajaran.
Menyediakan garis panduan e-Pembelajaran yang bersesuaian untuk program masing-masing.
Memaklumkan kepada pelajar berkenaan kursus e-Pembelajaran melalui taklimat, bengkel dan maklumat lain yang berkaitan.
Menyediakan sokongan, motivasi dan ganjaran yang bersesuaian kepada pensyarah yang aktif dalam penggunaan e-Pembelajaran atau pembangunan bahan P&P digital.
Peranan Tenaga Akademik

Mematuhi dasar dan garis panduan e-Pembelajaran universiti.
Menggunakan sistem e-Pembelajaran secara berterusan.
Mengoptimumkan aplikasi e-Pembelajaran yang disediakan oleh UUM.
Memantau dan membimbing pelajar dalam penggunaan e-Pembelajaran.
Menghadiri latihan e-Pembelajaran untuk pembangunan profesional.
Membangun dan menyenggara kandungan e-Pembelajaran bagi kursus yang dikendalikan.
Peranan Pelajar

Mematuhi dasar dan garis panduan e-Pembelajaran universiti.
Meningkatkan kemahiran menggunakan e-Pembelajaran secara berterusan.
Memuat turun bahan pembelajaran secara berterusan.
Mengoptimumkan penggunaan e-Pembelajaran yang disediakan oleh UUM.
Hak Cipta

Hak Cipta Kandungan Kursus
Semua bahan pengajaran yang dibangunkan menggunakan kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh UUM adalah hak bersama penyedia bahan dan UUM.
Penggunaan bahan e-Pembelajaran oleh pihak lain perlu mendapat kebenaran UUM.
Penyedia bahan boleh menggunakan kandungan tersebut untuk kegunaan lain seperti pengajaran di dalam kelas, penyelidikan, penerbitan serta pembentangan dalam seminar.
Sekiranya penyedia bahan menerima ganjaran dan/atau insentif dalam bentuk pengurangan beban tugas, geran atau sagu hati kerana membangunkan bahan e-Pembelajaran serta mendapat bantuan, pereka instruksi dan/atau penyedia kandungan yang disediakan oleh UUM, hak cipta yang dihasilkan adalah milik UUM. Ia boleh digunakan di luar UUM asalkan penggunaannya tidak menjejaskan kepentingan UUM dan semua penggunaan mestilah menyatakan hak milik UUM.
Pengedaran bahan kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan sama ada secara elektronik atau bukan elektronik adalah hak milik UUM dan penyedia bahan.
Penyediaan dan penggunaan bahan kandungan kursus adalah tertakluk kepada tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang berkaitan.
Hak Cipta Sistem

a) Sistem yang dibangunkan oleh UUM dengan pembiayaan dalaman adalah hak mutlak UUM.

b) Sistem yang dibeli adalah tertakluk kepada perjanjian dan terma-terma pembelian.

c) Pengguna dilarang membuat sebarang pengubahsuaian terhadap sistem pengurusan pembelajaran.

d) Mematuhi peraturan UUM serta undang-undang berkaitan.

Tanggungjawab Penyedia Bahan

a) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang disumbangkan.

b) Bertanggungjawab mengemas kini bahan pembelajaran dari masa ke semasa.

c) Bertanggungjawab mematuhi peraturan UUM serta undang-undang berkaitan.

d) Penyedia bahan boleh diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh UUM.

Sasaran Pencapaian

Sasaran pencapaian e-Pembelajaran adalah berdasarkan ukuran keaktifan kursus menggunakan sistem e-Pembelajaran. Sasaran pencapaian penggunaan sistem e-Pembelajaran bagi tempoh 2010 -2015 adalah seperti dalam Jadual 1.

 

 

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini3
Kelmarin6
Minggu Ini26
Bulan Ini76
Jumlah Keseluruhan572

23 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia