Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UTLC PERLU BERSEDIA HADAPI TRANFORMASI PENDIDIKAN TINGGI SEJAJAR REVOLUSI INDUSTRI 4.0

UTLC ONLINE: Kementerian Pendidikan Tinggi sedang melaksanakan transformasi pendidikan tinggi sejajar Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang berlaku di peringkat global pada tahun 2018. Berhadapan dengan perubahan bukan mudah, organisasi perlu merangka strategi pelaksanaan dan mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai agenda ini. Justeru, semua jentera dan fungsi universiti diminta untuk menyokong gagasan IR4.0 ini.

 

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC) perlu membantu Universiti menjayakan Pelan Perancangan Strategik UUM Fasa 2 (2015-2020) sebagai persediaan dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa  dengan memantapkan fungsi dan kapasiti penyampaian di dalam menghadapi  IR 4.0 ini.  

 

Sehubungan itu, kesemua staf Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah bermukim selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Februari 2018 di Heritage Hotel, Cameron Highland bagi merancang hala tuju dan sasaran UTLC sepanjang tahun 2018 ini.

 

Objektif utama bengkel adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju UTLC dengan melihat semula fungsi utama UTLC serta penyusunan semula struktur organisasi bagi memantapkan dan memperkasakan peranan UTLC dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Utara Malaysia, lebih – lebih lagi berdepan dengan era IR 4.0 ini.

 

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan staf UTLC di samping meningkatkan motivasi dan gerak kerja serta kreativiti dan inovasi masing-masing agar UTLC sentiasa berada di landasan yang tepat.

 

Resolusi bengkel mendapati UTLC perlu melaksanakan tanggungjawab berdasarkan tiga statut utama UTLC iaitu melaksanakan latihan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan penilaian kursus dan penggunaan e-learning. Di samping itu, UTLC juga perlu berusaha untuk mencapai 3 KPI utama UTLC dan hampir 30 KPI sokongan Pusat Pengajian yang digariskan dalam Pelan Perancangan Strategik UUM Fasa 2 (2015-2020). Pendekatan data analitikal untuk memilih peserta kursus dan kandungan kursus pembelajaran dan pengajaran akan digunakan pada tahun 2018.

 

Pengarah UTLC, Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar dalam ucapannya telah menegaskan supaya UTLC sentiasa memastikan semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah berdasarkan  Rangka Kerja Pendidikan Tinggi 4.0, keperluan IR 4.0 dan KPI yang ditetapkan oleh universiti.

 

Habis.

Kiraan Pengunjung

Hari Ini5
Kelmarin0
Minggu Ini6
Bulan Ini13
Jumlah Keseluruhan531

24 June 2018

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia