Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

173 pelajar daripada 27 buah sekolah menengah daripada dua buah negeri berentap untuk ke pusingan akhir

 

Seramai 173 pelajar sekolah menengah  daripada pelbagai sekolah di Zon A iaitu  sekolah-sekolah menengah di negeri Kedah dan Perlis telah berada di Dewan Tan Sri Othman sejak awal pagi ini.  Pelajar-pelajar ini terlibat di pusingan akhir peringkat negeri untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir yang akan dijalankan di USM kampus Kubang Kerian, Kelantan pada bulan Mac tahun ini.   Hanya dua orang pelajar yang mendapat markah tertinggi sahaja  dalam pusingan ini yang akan mewakili Zon Utara di peringkat akhir nanti.  Pada peringkat akhir pula hanya seorang sahaja yang akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa di Berlin, Germany dalam pertandingan International Brain Bee Championship 2018 yang akan diadakan pada 7-11 Julai.

 Malaysian Brain Bee Challenge ini merupakan program khidmat masyarakat Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti sejak tahun 2015 hingga sekarang.  Menurut Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, program ini baik dan harus diteruskan kerana ini merupakan khidmat masyarakat bagi pusat ini kepada komuniti yang masih relevan dengan pendidikan.  Antara objektif utama program ini ialah untuk menyokong hasrat kerajaan untuk memupuk dan menggalakkan minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya bidang neurosains daripada usia muda lagi.  Bentuk pertandingan terbahagi kepada 2 tahap di mana 50 soalan berbentuk aneka pilihan diberikan pada tahap pertama dan 50 soalan berstruktur yang merangkumi bidang neurosains  pada tahap kedua perlu dijawab dalam masa lebih 2 jam.

Pertandingan Malaysian Brain Bee Challenge ini merupakan salah satu aktiviti projek jaringan libatsama antara USM dan beberapa universiti termasuk UUM yang merupakan  wakil bagi Zon A (Utara). Penglibatan UUM dalam projek libatsama ini telah berlaku sejak tahun 2014 lagi.  Universiti awam lain yang turut terlibat ialah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Sultan Zainal Abidin serta universiti-universiti swasta iaitu Taylor’s University, IMU, UCSI University, Monash University dan Universiti Teknologi Petronas.  Menurut Prof. Madya Dr. Fauziah binti Abdul Rahim yang merupakan penyelaras bagi Zon A untuk negeri Kedah dan Perlis, walaupun UUM tidak menawarkan program perubatan tetapi penglibatan UUM dalam projek libatsama ini memberi peluang kepada pelajar di kedua-dua buah negeri ini untuk tidak ketinggalan menjinak-jinakkan diri dalam bidang tersebut suatu hari nanti.

Tamat.

Kiraan Pengunjung

Hari Ini8
Kelmarin5
Minggu Ini29
Bulan Ini43
Jumlah Keseluruhan579

23 October 2018

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia