Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UTLC ANJUR AKEPT COMPETENCY & ENHANCEMENT PROGRAMME (ACEP) 2017

UTLC ONLINE – Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan program AKEPT Competency & Enhancement Programme (ACEP) 2017 pada 27-28 Mac 2017 yang lalu.

Program kerjasama AKEPT dengan universiti awam itu telah melantik UUM sebagai ketua zon utara bagi menjayakan pelaksanaan modul pembelajaran dan pengajaran, pendidikan dan gamifikasi kepada universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di zon utara.

Program yang diadakan di UTLC Learning Lab, Bangunan OYAGSB itu terdiri daripada 3 tahap dan telah dimulakan dengan Modul Curriculum Design, Management & Development tahap 1 yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Nurahimah Mohd Yusoff. Seramai 15 orang peserta dari dalam dan luar antaranya USM, UTP, UPSI, Kolej Komuniti dan Institut Profesional telah menghadiri program tersebut.

Peserta yang berjaya menamatkan ketiga-tiga tahap tersebut adalah layak dipertimbangkan untuk mengikuti program AKEPT Trainers Development Programme (ATDeP).

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin1
Minggu Ini8
Bulan Ini33
Jumlah Keseluruhan527

19 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia