Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

MOOCs : PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERKINI

UTLC ONLINE - Pada 14 MAC 2017, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Bengkel Massive Open Online Courses (MOOCs) siri kedua bagi tahun 2017. Bengkel yang disampaikan oleh Dr. Hasniza Binti Nordin, Timbalan Pengarah (Latihan) UTLC telah diadakan di UTLC Learning Lab OYAGSB kepada seramai 17 orang tenaga akademik yang mewakili semua pusat pengajian.


Pendekatan alaf baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah seiring dengan usaha murni universiti untuk mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan memberi faedah kepada pelajar keseluruhannya.


Bengkel ini merupakan lanjutan daripada siri pertama yang bertujuan memberi pendedahan untuk mengendalikan platform Open Learning. Sehubungan dengan itu, peserta didedahkan tentang cara memasukkan bahan pengajaran bagi menghasilkan MOOCs.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini3
Kelmarin6
Minggu Ini26
Bulan Ini76
Jumlah Keseluruhan572

23 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia