
UTLC ONLINE: Blended Learning merupakan satu konsep pencampuran model pembelajaran secara konvensional dengan pembelajaran secara maya melalui teknologi maklumat komunikasi. Melalui konsep blended learning ini, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi pelbagai teknik penyampaian melalui persekitaran maya dapat diaplikasikan oleh pensyarah kepada pelajar. Penggabungan atau teradunnya pembelajaran tersebut seharusnya dapat menarik perhatian pelajar agar tidak merasa bosan dan hilang fokus terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.
Sehubungan itu, bagi memastikan lebih ramai tenaga akademik menggunakan kaedah blended learning dalam pengajaran, UTLC telah menganjurkan Workshop on UUM Online Learning & Blended Learning Siri 2 pada hari ini, 27 Februari 2017. Bengkel tersebut adalah lanjutan daripada bengkel siri pertama yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan tenaga akademik UUM.
Bengkel yang dihadiri seramai 19 peserta itu telah diadakan di UTLC Learning Lab, bangunan OYAGSB dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Teknologi Maklumat UUMIT, Encik Mohd Solehhuddin Ab Mutalib.