Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

REDESIGNING HIGHER EDUCATION: ROADSHOW UTLC KONGSI AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

UTLC ONLINE – Bagi merealisasi amanat 2017 oleh Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Redesigning Higher Education, UTLC telah mengambil inisiatif mengadakan roadshow kepada semua Kolej dan Pusat Pengajian pada 1 Februari 2017 di DKG 2/1.

Siri roadshow yang dijalankan dalam 3 sesi bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang telah dihadiri oleh seramai 155 orang tenaga akademik dari semua pusat pengajian.

Tujuan utama roadshow tersebut adalah bagi berkongsi maklumat berkaitan peranan UTLC sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam latihan pembelajaran dan pengajaran pendidikan tinggi bagi melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan serta cekap dalam penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi pengajaran yang berkesan. Roadshow itu juga memberi penekanan kepada Lonjakan 1 dan Lonjakan 9 serta Lonjakan 2 seperti yang terkandung dalam 10 Lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT).

Roadshow yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim, Pengarah UTLC, Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Teknikal) UTLC dan Dr. Hasniza Nordin, Timbalan Pengarah (Latihan) UTLC telah membincangkan topik seperti Constructive Alignment, Sistem Outcome Based Education (OBE), Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA), Blended Learning, Massive Open Online Courses (MOOCs) dan e-Course Evaluation System (e-CEvaS).

Selain itu, maklumat berkaitan Distinguished Teacher Award (DTA), Inspirational Academician Programme (IAP), Scholarship of Teaching and Learning (SoTL), Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP), Seminar Kebangsaan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (SKIPP), Inspirational Scholar Symposium (ISS) serta maklumat berkaitan kursus anjuran UTLC bagi tahun 2017 juga turut dikongsikan.

Roadshow tersebut bertujuan untuk menyampaikan hasrat dan amanat Menteri Pengajian Tinggi agar semua tenaga akademik di Universiti Awam (UA) agar memahami, menghayati dan melaksanakan Constructive Alignment (CA) bagi kursus serta program yang ditawarkan untuk menghasilkan pelajar yang holistik, seimbang dan berciri keusahawanan sejajar dengan  Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Selain itu, CA juga penting bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan khususnya graduan daripada UA. Kegagalan untuk memahami, menghayati dan melaksanakan CA di pelbagai peringkat akan memberikan implikasi kepada kerelevanan pemberi pendidikan tinggi, kata Pengarah UTLC Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim.

Beliau juga berkata roadshow tersebut diharapkan akan dapat memberi panduan kepada semua tenaga akademik UUM untuk mengorak langkah yang lebih jelas ke  arah  mencapai  aspirasi  Kementerian  Pendidikan  Tinggi untuk menyediakan pendidikan tinggi yang terkemuka  di  persada antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin1
Minggu Ini8
Bulan Ini33
Jumlah Keseluruhan527

19 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia