Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UTLC TINGKATKAN KEMAHIRAN STAF MELALUI BENGKEL PEMBANGUNAN STAF

UTLC, 12 – 13 Oktober 2016, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Staf UTLC 2016 bertempat di EDC & Hotel Resort.


Tujuan utama bengkel ini meningkatkan pengetahuan staf UTLC dalam bidang dan aspek penting dalam pembangunan staf yang meliputi pengurusan perolehan, pengurusan asset/inventori, disiplin serta kebajikan staf. Seramai 15 orang yang terlibat terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah serta staf pelaksana yang hadir dalam bengkel ini.


Ceramah dan taklimat bengkel telah disampaikan oleh Pengarah Unit Integriti UUM, Encik Jafri Ishak, Encik Abdul Roni Baharom dan Encik Ibrahim Hanafi dari Jabatan Pendaftar serta Encik Zulkifli Omar dari Jabatan Bendahari.


Diharap melalui bengkel ini dapat memberi input dan meningkatkan kemahiran, kecekapan, keberkesanan dan kualiti hasil kerja semua staf.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin1
Minggu Ini8
Bulan Ini33
Jumlah Keseluruhan527

19 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia