
5 OKTOBER 2016: 1st Inspiratinal Scholar Symposium yang telah diadakan pada di EDC & Hotel Resort, bertemakan "Creating Innovative and Engaging Learning" bertujuan untuk tenaga akademik daripada pelbagai bidang terutama penyelidik geran SoTL untuk berkongsi idea dan hasil penyelidikan yang melibatkan inkuiri saintifik ke atas pengajaran, keterlibatan pelajar, maklum balas kepada pelajar dan proses refleksi pensyarah ke atas pengajaran dan pembelajaran.
Seramai 13 orang pembentang kertas kerja simposium terdiri daripada pembentang antarabangsa dan tenaga akademik tempatan ini membentangkan kertas kerja masing-masing yang merangkumi inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran yang meliputi aspek pedagogi, kurikulum, teknologi dan Penilaian.