
UTLC ONLINE: Pada 18 Julai 2016, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan sesi rakaman video pengenalan Massive Open Online Courses atau MOOCs bagi tahun 2016 bagi kursus BPMS1013 Theory and Practice in Islamic Business bersama Dr. Mohd Shahril Ahmad Razimi daripada Islamic Business School yang berlatarbelakangkan persekitaran kawasan Pusat Islam.
Pada 19 Julai pula, Puan Noriza Abd Aziz dari Islamic Business School juga tidak melepaskan peluang mengadakan sesi rakaman video pengenalan bagi kursus Islamic Bank Operation di persekitaran Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Bank Islam Cawangan UUM. Pemilihan lokasi ini adalah kerana ingin memberikan pengalaman berbeza dalam memberi inspirasi, impak yang bersesuai dengan subjek tersebut.
MOOCs ialah kursus atas talian yang ditawarkan secara terbuka, ia melibatkan bilangan pelajar berskala besar dan terbuka kepada pelajar yang berminat tanpa had lokasi dan sempadan. Kualiti pembangunan MOOCs ini perlu diberi keutamaan kerana ianya merupakan kursus yang akan digunakan oleh semua pelajar Universiti Awam Malaysia dan dapat dicapai oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.